Saturday, November 23, 2013

My Teacher Is My Husband -part3-

'Betul ke aku ni nak jadi budak kurang 'seringgit' nanti umi dengan abah mesti marah dengan aku,aduhhh macam mane ni???'fikir Sofia sambil bermain dengan pensilnya itu.

"Sofia jom gi kantin"ajak Sarah yang sedang mengemaskan bukunya.
Dia yang masih tidak mendengar jawapan dari kawannya itu terus memandang ke sebelah kiri.

"Hoi!!"sergah Sarah kepada Sofia.

Sofia yang tadi asyik termenung terkejut dengan jeritan dari Sarah.
"Kau ni temenung je tak habis-habis ,macam ada masalah besar"kata Sarah

"Ish mana ade" dia sebenarnya sedang memikirkan akan tentang rancangan yang dia ingin lakukan nanti untuk menjadi budak kurang 'seringgit'.

"Yelah tu,aku ni dah lama kawan dengan kau,kalau ada masalah cakap jelah"

"Mana ade aku penat jelah"bohong Sofia ,dia tak nak Sarah tahu akan hal ini mungkin bila tiba masanya dia akan memberitahu kepada Sarah.

"Ehmm yelah"
"Lepas ni subjek ape?"tanya Sofia
"Lepas ni subjek makan"perli Sarah

Sofia yang mendengar jawapan dari Sarah yang seakan memerli dirinya terus melihat jadual kelas.

Sarah yang melihat kelakuan Sofia itu terus berkata.
"Cik akak yang lagi jelita menawan sekarang ni waktu rehat,tak nak makan ke?"

"Nak perli akulah tu,dah jom karang habis waktu rehat kau yang membebel lapar lah apa semua"marah Sofia
Sarah memang kuat makan tapi badan tetap kurus.

"Tahu-tahu je kau ni,dah jom".
Mereka berjalan bersama-sama  untuk pergi ke kantin.
__________________________________________

Kringgggg!!! bunyi loceng dari sekolah itu menandakan sesi persekolah telah tamat pada hari ini.

Sofia yanng sedang menunggu ibunya melihat sebuah kereta berhenti di depannya.

'Siapa pulak ni???,ni bukan kereta umi ,ke abah beli kereta baru?'fikir Sofia

Saat cermin kereta itu diturunkan barulah Sofia dapat melihat tuan punya kereta.
"Assalamualikum"kata Nazmi

"Walaikummusalam"jawab Sofia dengan lembutnya.

"Kenapa tak balik lagi kan dah lambat ni"
"Mak tak datang lagi"
"Kalau macam tu biar cikgu hantarkan"

"Ehh tak pe sekejap lagi mak saya datang lah tu"
'Gila ke apa??kalau aku balik dengan cikgu ni nanti tak pasal-pasal aku kena marah dengan umi'soalnya didalam hati.Datin Hafizah memang tidak suka kalau anaknya pulang bersama dengan orang yang dia tidak kenla lagi-lagi kalau lelaki.

"Tak pelah kalau macam tu,nanti kalau ade apa-apa terus pergi ke 'pak guard ye"nasihat Nazmi.
"Yelah cikgu janganlah risau ye"
Nazmi hanya tersenyum dan terus berlalu dengan keretanya.

'Asal baik sangat eh Cikgu tu??'soal Sofia
Kemudian kereta uminya pun tiba didepannya.
 _____________________________________________________________

Selepas pulang dari sekolah Sofia terus menuju ke biliknya.Dia yang sudah siap mandi dan sembahyang terus baring diatas katilnya itu.

"Apa aku nak buat ni?"katanya sendirian didalam biliknya itu.

"Jadi ke tak jadi ke tak"fikirnya dulu.
"Okay keputusan aku muktamad aku kena buat ini semua demi masa depan aku"katanya sambil menegakkan dirinya dengan mengengamkan tangannya.

Dia terus menuju ke meja belajarnya dan membuka laptopnya untuk mencari maklumat tentang budak yang kurang 'seringgit macam mana.Sebenarnya dia tahu macam mana tapi dia ingin mancari maklumat yang lebih banyak lagi,

Setelah sejam mencari akhirnya maklumat yang dikumpul sanagt sempurna dengan apa yang dia nak.

"So besok kita tengok ye budak kurang 'seringgit' ni yang kau nak jadikan isteri kau ye"katanya.
Dia nak misinya berjaya pada kali ini jika umi dan abahnya marah dia rela asal kan tidak kena kahwin dengan mamat tu.

"Maafkan Sofia umi"kata Sofia sambil meneliti maklumat yang dicatatkan itu.

continue.........
_________________________________________________________________________________
so kita tunggu macam mana misinya itu hehehe
-missmonster-










Friday, November 22, 2013

My Teacher Is My Husband -part2-

Sofia yang sedang duduk termenung di sofa dilihat oleh ibunya.

"Sofia are you okay?"tanya Datin Hafizah

Sofia terus memandang ke arah ibunya."I'm okay,why?" tanyanya

"yelah umi tengak Sofia dari tadi termenung je kenapa?"

"tak de pape lah umi,ade fikirkan hal sekolah tadi"jawab Sofia.
Dia sebenarnya sedang mengingat kan hal yang berlaku di sekolah tadi 'kenapa hati aku jadi berdebar-debar bila pandang dia eh?' soal Sofia didalam hatinya.

"Kalau ade apa-apa bagilah tahu umi ye sayang" Datin Hafizah amat menitik berat akan hal anaknya.Sofia lah satu-satunya anak yang dia ada.

"Umi janganlah risau"katannya

"Umi ada hal nak cakap dengan Sofia ni"
"Hal apa?"
"Umi tahu Sofia masih muda tapi mungkin dah sampai masanya"ujar Datin Hafizah
"Umi janganlah cakap macam tu,umi nak cakap apa sebernanya ni?" bagaikan ade sesuata yang penting yang  akan disampaikan oleh ibunya.

"Umi dan Abah dah bincang tapi kata putus je belum dapat"
"Apa dia umi cakap jelah"saat itu hati Sofia sangat berdebar-debar untuk medengar hal yang akan dikatakan oleh ibunya.

"Umi dengan Abah dah ade calon untuk Sofia"terang Datin Hafizah
"Calon ape?"tanya Sofia
"Calon suami"

"Suami!!"jerit Sofia kerana terkejut akan perihal yang dikatakan oleh ibunya.
'Calon suami!!!biar betul umi dengan abah ni aku kan masih muda takkan nak kahwin dah kot???ke buat 'stok simpanan' yang akan datang' soalnya didalan hati

"Umi tahu kamu masih muda tapi apa salahnya perkara yang baik dilakukan"terang Datin Hafizah.
Dia tahu pasti anaknya ini terkejut akan hal itu tapi suaminya ingin sekali melihat anaknya berkahwin dengan anak kepada kawan baiknya.

"Tapi umi Sofiakan masih muda"kata Sofia dengan sedih.
"Umi pun tak tahu nanti Sofia bincanglah dengan abah ye nak"ujar datin Hafizah.

Sofia tahu kalau abahnya telah membuat keputusan tiada sesiapa pun yang berani lawan tapi inikan masa  depan dia so dia berhak untuk menentukannya.
..........................................................

Pada malam itu keluarga Dato Yusof semua berada di meja makan untuk makan malam bersama.

Sofia masih berfikir adekah dia patut membincangkan hal ini dengan ayahnya.'nak cakap ke tak ni aduh!!!! Ya Allah keberikanlah aku kekuatan'kata Sofia didalam hatinya,

"Abah,Sofia ade hal nak cakap ni"terang Sofia kepada ayahnya yang masih menjamu selera.

Dato Yusof  terus berhenti makan dan melihat kepada anaknya itu.
"Cakaplah" dia tahu Sofia ingin bertanya akan hal yang dibuat olehnya itu.

"Ehmmm,kenapa Sofia kena kahwin dengan anak kawan abah tu,Sofiakan masih muda tak habis belajar pun lagi'kata Sofia

"Keputusan abah muktamad minggu depan kita pergi makan malam dengan bakal mak mentua Sofia"tegas sekali Dtao Yusof berkata.Dia tidak mahu memanjangkan lagi hal ini oleh itu dia harus bertegas dengan anaknya ini.

Sofia yang mendengar terus meneruskan suapannya itu.Memang dah di agak ayahnya pasti tidak akan melayan 'rayuan' yang dibuat olehnya.'minggu depan kena jumpa 'mamat' tu ke??? oh NO,malulah aku kalau dia tahu umur aku baru 17 thn mesti dia ingat aku dah gila nak kahwin,apa aku nak buat' fikir Sofia sambil berkata didalam hati.

Saat uti idea yang datang bagaikan 'hadiah' buat Sofia,dia akan menjadi budak tak cukup 'seringgit' macam tu barulah bakal mak mentua dia tak akan setuju dengan perkahwinan ini,yelah mana mak yang nak tengok anak dia yang hidup dengan orang yang macam tu.

'hehehehe wait and see my mother-in-law' sorak Sofia didalam hatinya.

bersambung....
___________________________________________________________
-sorry kalau tak buat panjang2 idea tak datang waktu2 mcm ni hehehe
-budak tak cukup 'seringgit' ni kira macam keanak-anakan lah
-missmonster-

Thursday, November 21, 2013

My Teacher Is My Husband

                          
as Cikgu Nazim                                                   as Sofia Ros
..............................................................................................................................................
Sofia yang baru masuk ke dalam kelas melihat hanya ada beberapa murid saja didalam kelasnya itu.

"Sofia"jerit rakannya iaitu Sarah.

Sofia yang mendengar namanya dipanggil terus memandang ke arah kawannya itu.
"Tak yah jerit boleh tak"marah Sofia sambil menuju ke arah mejanya disebelah meja Sarah.

"hehe sorry, lambat datang hari ni gi dating ke??"usik Sarah.
Baginya Sofia memang cantik sebab itu ramai lelaki sukakan dirinya tapi Sofia yang jenis menumpukan perhatian kepada pelajaran sebab itu dia tidak pernah menghiraukan perasaan mereka yang menyukainya.
"Aku hantar kerja kursus tadi"

"Kerja kursus apa?"Sarah tidak mengingati kerja kursusyang mana satu yang dihantar oleh Sofia kerana  kerja kursus  yang sedia ada pun tidak dihabiskannya lagi.

"Pendidikan Seni" kata Sofia.

"Itu hunjung bulan boleh hantar,yang kau hantar awal sangat kenapa?"

"Aku malaslah nak tanggunhkan kerja, lagi-lagi kalau buat last minute"
Bagi Sofia dia memang tidak suka buat kerja waktu saat akhir walaupun kerja itu diberi masa selama sebulan.

"Perli akulah tu"ujar Sarah

"Lah.. terasa ke kawan aku sorang nie,okay sorry eh"

"Sorry naik lorilah" Sarah tak pernah ambil hati akan ape yang diperkatakan oleh Sofia.

Meraka berkawan baik sejak dari tingkata 1 sampailah tingkatan 5 setiap tahun mereka kelas yang sama,rehat sama-sama kalau boleh semua benda nak buat sama-sama macam "loving couple" gitu.

"Oh ye tadi aku jumpa seseorang tau 'handsome' gila"kata Sofia.
Baru dia teringat yang dia ade terserempak dengan seseorang rupanya ade 'ala-ala' korea.

"Handsome sangat ke?"tanya Sarah
Memang pelik bagi Sarah jika Sofia menceritakan hal seseorang lelaki.

"For me yes handsome"

"Siapa dia tu???budak kelas mana?"

"Aku rasa dia abang kepada salah sorang pelajar disekolah nie kot sebab tak nampak muda sangat and tak nampak tua sangat"terang Sofia kepada Sarah.

Tidak sempat Sarah ingin berkata seorang guru perempuan masuk bersama dengan seorang lelaki .

"Assalamuailaikum murid-murid"ucap Cikgu Rohani
"Walaikummusalam Cikgu Rohani"ucap semua murid kelas 5 Permata.

Sofia yang melihat lelaki yang berdiri di sebelah Cikgu Rohani hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Murid-murid semua Cikgu perkenalkan ni Cikgu Nazim"terang Cikgu Rohani

Lelaki yang diperkenalkan oleh Cikgu Rohani tadi hanya melebarkan semyumannya saat di perkenalkan. Tetapi dia sebenarnya sedang melihat salah seorang murid perempuan yang berada dikelas itu dengan senyuman yang ikhlas.

Sofia yang perasan akan dirinya dipandang terus melihat ke arah lain.
"Cikgu Nazim merupakan guru baru disekolah ini yang akan mengajar subjek BM di kelas ini"kata Cikgu Rohani.

Sofia yang mendengar keterangan dari gurunya itu terus melihat kedepan dan dengan tiba-tiba matanya bertembung dengan mata seseorang yang mampu membuatkan hatinya menjadi gelisah.

bersambung........
..................................................................................................................................
ini cuma cerita yang saya hasilkan sendiri,kalau best teruslah membaca sekian.
-missmonster-